Monday, September 6, 2010

TV3 Tarik Balik Iklan Raya konon2 satu Malaysia


Salam, 

Huhu kecoh  dengan isu iklan raya stesen terkemuka negara kita TV3 hiburan seisi keluarga. I personally think iklan ni memang sungguh tak patot . Memang lah kita nak wujudkan satu Malaysia, but still need to maintain  and respect the culture and relegion. Satu Malaysia tak bermaksud kita boleh campur adukkan pegangan agama dan budaya kita. I rasa banyak cara lain boleh di lakukan untuk menonjolkan 1 Malaysia tu . 

Actually firts time tengok iklan ni i just notice on the santa clause punya rusa terbang tu and terus confius apa kene mengena dengan Hari Raya ???? Tolong jawap...

Tapi today baru baca pasal details iklan ni.. thanks to blog Kalamul Haqq untuk huraian panjang lebar ni. 

Ni dia huraian itu.. sama ada benar atau kebetulan, sama-sama lah kita pikirkan ( takkan banyak sangat kebetulan kan)



Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
Pokok Krismas - Simbol Paganism



Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian
Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.
Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.


1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)

2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang 'menyalib' setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?

Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.

Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..

Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..

Huhu.. anyway tv3 pon dah memohon maaf dan menarik balik iklan ni. (sila buat iklan baru :p)

Jom Buat Kuih Raya

Salam,

Lama pulak tak mengupdate blog ni .. Al maklum lah sibuk dengan persiapan raya, konon macam banyak sangat la buat kuih raya. Padahal baru satu, senang yang teramat pulak tu.. tapi nak tunjuk jugk kat sini.. ahaks :D

ok ni la dia cara cara nak buat biskut conflakes madu yang bermadu.. ngeee




 bahan bahan sekalian alam beli di kedai

1 paket conflakes ( jangan beli dua macam i itu saje tamak :D )
1 cawan butter
1 cawan honey @ golden syrup pon boleh
1 cawan gula ( tambahkan gula dalam senyuman..erkk )
urai warna warni pelangi ( untuk menarik perhatian kanak-kanak supaya makan :p)

Cara- cara



1. Panaskan butter, gula, honey atas api yang kecil




2. Kacau sehingga sebati seperti di atas. Tutup api dan campurkan  kedalam conflakes.

3. Gaul sehingga sekata kemudian sudukan ke dalam cup kertas.

4. Bakar dalam oven pada suhu 150 C  selama 6-8 minit .



5. Sedia untuk di hidang. ( yang penting cups colour pink ok ! )


selamat mencuba ..


p/s : actually ada jugak buat biskut suji tapi tak berapa nak enak . ngeee tak dapek la nak kongsi resepi nanti ajaran sesat :D

Tuesday, August 31, 2010

150 juta

Lagu ni memang comel sangat. Tapi rasanye ni lagu fynn Jamal. Pape pon kite layannn...

 
Lagu 150 Juta Versi Hana Zatie

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
"Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?"
"Apa kau buta? Apa kau pura-pura suka?"

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

"Dia mungkin bengis seperti singa"
"Tapi dia nangis tonton cerita Korea"
"Dia mungkin keras bila bersuara"
"Tapi dia jelas, jujur apa adanya"
"Aku lagi kenal dia..."

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

"Sayang mungkin baran tak kira masa"
"Tapi sayang tahan kalau salah yang saya"
"Sayang mungkin saja keras kepala"
"Tapi sayang manja bila kita berdua"
"Saya kenal sayang saya..."

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi senja
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua...
p/s : budak yang joget joget belakang dia tu pon lawak la.. hehehe :D

Monday, August 30, 2010

Segalanya di rumah


Salam, 

ahaa...segalanya di rumah adalah rentetan daripada menu berbuka puasa today.. ehehe jangan la tanya kenapa asik posting pasal makanan je.. Al maklumlah bulan puasa. Bulan yang kaya dengan makanan, dalam pikiran ku sentiasa makanan. ( isk isk..)  . Menu hari ni bihun goreng dan burger ayam special. 



Masak di rumah ni sebenarnya sangat banyak la faedah nye berbanding dengan makan di luar. Bukan tak boleh makan di luar, sekali sekala tu ok la, kalau setiap hari bukan sahaja efect kepada perut tetapi juga poket. Masak di rumah ni terjamin kebersihan, dan rasanya juga terjamin sedap ( errrr betul ke ?? perasan btol ) ngeeeeeee :D

Haaa tgk la hasilnya... tadaaaaaaaaaaaaaaa...

.
.
.



sungguh menyelerakan .. 

p/s : nak tau en hubby makan 2 ketul burger ok.. bukan satu tapi dua .. ngeee T_T







Friday, August 27, 2010

Spaghetti Bolognese


Salam , 

Hari ni our friends datang ke rumah untuk berbuka puasa.. so i decided to prepare spaghetti bolognese beside nasi and lauk pauk..ngeee :D

share sikit resepi spaghetti bolognese yang biasa i buat.. simple jerk..

 Jangan tanya kenapa garlic sgt banyak.. i just love it  ngeee  T_T

Bahan Bahan

1 paket spaghetti 
1 paket ayam/daging kisar 
bawang putih, bawang merah, bawang kuning atau bombay onion ( di potong dadu )
tomato ( di potong dadu )
carrot ( di potong dadu ) 
1 tin tomato puree
1 tin sos bolognese prego 
oregano
basil
sedikit garam
setengah cawan air


Cara masak 
  1. Panaskan minyak. Tumis segala bawang yang di potong dadu sehingga naik bau dan keemasan
  2. Masukkan ayam/daging kisar , goreng sehingga air kering dah berubah warna kekuningan.
  3. Masukkan sos prego dan tomato puree.
  4. Masukkan tomato, carrot, oregano, basil, garam, dan air . 
  5. Biar ia mendidih selama lebih kurang 30 minit. 

siap... hidangkan dengan grated parmesan cheese.. ermmmm mmg best !!



Selamat mencuba !!! 



p/s : al kisahnye gas habis pulak ketika memasak.. nasib baik hubby and friend dengan pantas bertindak pergi ke kedai..sempat juga masak sebelum berbuka .






Wednesday, August 25, 2010

Blogwalking !!

Apa tu blogwalking ? haaa utk blogger baru macam i , mmg la sgt memerlukan blogwalking ni.. 
Blogwalking adalah apabila blogger mengunjugi  blog blog lain dan meninggalkan comment di blog tersebut bagi tujuan mendapat kunjungan balas.  Lebih kurang macam jalan-jalan cari kawan la kan dan secara tidak langsung meninggikan traffic..

Ramai blogger kata cara ini mmg berkesan.. tapi jangan lupe ye untuk tinggalkan comment or anything dekat cahtbox or what so ever utk mendapat kunjungan balas.. Jangan setakat  jadi silent reader.. 



p/s : ok hoppefully ramai akan kunjung balas ke blog i ni ..good luck :))